Peralatan Kamen Rider Accel

AccelDriver

AccelDriver (アクセルドライバー, Akuseru Doraibā) merupakan tali pinggang pertukaran Kamen Rider Accel. Ia merupakan Memory Driver generasi ketiga yang diberikan kepada Ryu Terui oleh seorang wanita misteri yang hanya dikenali sebagai "Shroud". AccelDriver menyerupai hendal motosikal. Dengan memasukkan Accel Memory ke dalam Mono Slot (モノスロット, Mono Surotto) serta memulas Power Throttle (パワースロットル, Pawā Surottoru) di bahagian kiri hendal, Ryu bertukar kepada Kamen Rider Accel. Dengan memicit Maximum Clutch Lever (マキシマムクラッチレバー, Makishimamu Kuratchi Rebā) di bahagian kiri hendal serta memulas Power Throttle, Kamen Rider Accel mengaktifkan serangan Maximum Drive (マキシマムドライブ, Makishimamu Doraibu).[7]

Gaia Memory

Seperti Kamen Rider Double, Kamen Rider Accel turut memiliki set Gaia Memory (ガイアメモリ, Gaia Memori) tersendiri. Jika dibandingkan dengan Gaia Memory Dopant, Gaia Memory Accel mempunyai penampilan yang lebih baik, sesuatu yang dianggap oleh Shinkuro Isaka sebagai petanda kuasanya yang dihadkan.

  • Accel Memory (アクセルメモリ, Akuseru Memori): Accel Memory, atau Ingatan Pecutan (加速の記憶, Kasoku no Kioku), merupakan Gaia Memory utama Kamen Rider Accel. Ia membolehkan Terui bertukar kepada Kamen Rider Accel serta mencapai serangan Maximum Drive utamanya, di samping membolehkannya bertukar kepada BikeForm.
  • Engine Memory (エンジンメモリ, Enjin Memori): Engine Memory merupakan Gaia Memory yang memberikan EngineBlade pelbagai jenis kuasa. Walau bagaimanapun, ia bukanlah Gaia Memory sebenar, dan kuasanya dipautkan pada kuasa Accel Memory. Ia membolehkannya untuk memiliki lebih daripada satu keupayaan, setiap satunya berasaskan jenis enjin yang berbeza: Steam (スチーム, Suchīmu), yang menghasilkan kepulan wap tebal; Jet (ジェット, Jetto), yang membolehkan EngineBlade untuk melancarkan pancungan berkuasa jet ataupun menghasilkan gelombang tenaga berbilah; dan Electric (エレクトリック, Erekutorikku), yang membolehkan EngineBlade menghasilkan pancungan berkuasa elektrik ataupun mengujakan panahan kilat elektrik.
  • Cyclone Memory (サイクロンメモリ, Saikuron Memori): Ryu meminjam sementara Cyclone Memory Philip untuk berlawan dengan Weather Dopant. Apabila dimasukkan ke dalam Engine Blade, ia membolehkan Kamen Rider Accel melaksanakan serangan Maximum Drive berkuasa angin yang cukup kuat untuk menerbangkan Weather Dopant.

Trial Memory

Maximum Counter Trial Memory (マキシマムカウンタートライアルメモリ, Makishimamu Kauntā Toraiaru Memori), juga dikenali sebagai Ingatan Cabaran (挑戦の記憶, Chōsen no Kioku), merupakan Gaia Memory khas yang membolehkan Kamen Rider Accel untuk menjadi Kamen Rider Accel Trial. Sementara dalam Mod Ingatan (メモリモード, Memori Mōdo), Trial Memory membolehkan Accel untuk bertukar; penjelmaan akan lengkap sebaik cahaya Trans-Signal (トランスシグナル, Toransu Shigunaru) yang menyerupai lampu isyarat bertukar dari merah ke biru (dengan bunyi kiraan masa 3 saat). Semasa dalam Maximum Mode (マキシマムモード, Makishimamu Mōdo) yang menyerupai jam randik, sebaik butang pemasa Maximum Switch (マキシマムスイッチ, Makishimamu Suitchi) ditekan, Accel Trial mempunyai masa 10 saat untuk melakukan seberapa banyak tendangan yang dapat dilakukan sebelum menekan Maximum Switch sekali lagi untuk mengaktifkan Maximum Drive. Jika Maximum Switch tidak ditekan dalam masa 10 saat, serangan Maximum Drive akan gagal dan penjelmaan Accel dipaksa untuk kembali ke bentuk asal. Untuk menangani keadaan sedemikian, Accel biasanya melambung Trial Memory tinggi ke udara sebagi Maximum Drive bermula, menekan Maximum Switch sebaik sahaja ia ditangkap dan mengisytiharkan masa yang dicatat.[4][5][8]

EngineBlade

EngineBlade (エンジンブレード, Enjin Burēdo) serupakan senjata utama Kamen Rider Accel. Senjata tersebut boleh mengekalkan rupanya di luar pertukaran Accel, walaupun ia sangat berat. Melalui penggunaan Engine Memory, Kamen Rider Accel boleh menggunakan beberapa serangan unsur EngineBlade yang berbeza dengan menarik picu. Ia juga membolehkan Accel melancarkan dua serangan Maximum Drive berbeza dengan EngineBlade. Yang pertama ialah Dynamic Ace (ダイナミックエース, Dainamikku Ēsu) di mana tenaganya yang ditumpukan dalam bentuk huruf A melalui pancungan EngineBlade ke arah musuh. Yang keduanya ialah A-Slasher (エースラッシャー, Ē Surasshā) di mana Kamen Rider Accel menghasilkan tiga pancungan berturut-turut yang membentuk huruf A menembusi Dopant untuk memusnahkannya.[9]

Memory Gadget

Seperti Double, Kamen Rider Accel mempunyai Memory Gadget (メモリガジェット, Memori Gajetto) tersendiri, yang digerakkan oleh Gaia Memory tiruan yang digelar Giji Memory (ギジメモリ, Giji Memori, "Pseudo Memory") yang membolehkannya bertukar daripada Mod Gajet (ガジェットモード, Gajetto Mōdo) ke Mod Langsung (ライブモード, Raibu Mōdo).

  • Beetle Phone (ビートルフォン, Bītoru Fon) merupakan telefon bimbit yang boleh bertukar antara Mod Telefon Bimbit (携帯モード, Keitai Mōdo) dan Mod Kumbang (ビートルモード, Bītoru Mōdo) melalui penggunaan Beetle Memory (ビートルメモリ, Bītoru Memori). Ia menyerupai Stag Phone, kecuali reka bentuk kumbang badak berwarna biru. Pada awal kemunculannya, Ryu Terui menggunakan Beetle Phone untuk mengintai kegiatan Agensi Penyiasatan Narumi.

Diablossa

Diablossa (ディアブロッサ, Diaburossa) merupakan motosikal Ducati 999 kepunyaan Kamen Rider Accel. Ia juga mempunyai pemegang pedang EngineBlade. Namanya berasal daripada perkataan Itali iaitu "Diablo" dan "Rosso".[10]

Gunner A

Revol-Interchange Gunner A (リボル換装 ガンナーA, Riboru Kansō Gannā Ē) merupakan kereta kebal robotik yang menjadi kenderaan sokongan Kamen Rider Accel. AInya membolehkannya dikendalikan secara automatik dari Accel. Teknologi yang sama digunakan pada unit HardBoilder Kamen Rider Double dan bahagian hadapan unit tersebut boleh digabungkan dengan Gunner A untuk menjadi HardGunner (ハードガンナー, HādoGannā).[11]

AccelGunner

Kamen Rider Accel BikeForm boleh bergabung dengan Gunner A untuk menjadi AccelGunner (アクセルガンナー, AkuseruGannā). Accel Memory dipautkan pada Gaia Cannon (ガイアキャノン, Gaia Kyanon) untuk melepaskan tenaga yang sama dengan Maximum Drive. Ia juga dilengkapi dengan Gattling Wheel (ガトリングホイール, Gatoringu Hoīru), di mana roda belakang BikeForm bertukar kepada mesingan.[12]

Rujukan

WikiPedia: Kamen Rider Accel http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/accel.html http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/accel_trial... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/accelbike.h... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/accelbikefo... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/acceldriver... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/accelgunner... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/enginebrade... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/gunner_a.ht... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/motoshell.h... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/trialmemory...